Sunday, October 11, 2009

Emas sebagai pelaburan

Salamun'alaik...aku dapat petikan ni dari blog sorang kawan yg dirawikan dari Utusan Meloya...hehehe..untuk santapan minda dan akal / nafsu anda...hahaha


MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Sumber : Utusan Malaysia 10 Oktober 2009

Saturday, October 3, 2009

Walimatul Urus - 17 Oct 2009



~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

Kepada sahabat2 yang berkelapangan atau berada kat area Johor / Melaka, sila la ke kenduri walimatul urus saya (sebelah pengantin perempuan) @ Layang-Layang, Kluang, Johor.

Kenduri sebelah saya insyaAllah pada 26/12/2009...
Untuk peta lokasi dan kad walimah, sila lihat di atas...

Wassalam...

Thursday, October 1, 2009

kemBali berBlogg

~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

salamun'alaik....

Salam idulfitri dan maaf zahir wa batin....
Lame btui aku menghilang tak menulis barang sepatah dua dalam blog nih...
dalam 5-6 bulan ni macam2 yang aku wat..

Dari project kat penang ke kuantan...
Dari treasure hunt yang kat Johor smpai ke Penang
Dari status separa bujang kepada 3/4 tak bujang dah...
Dari tak suke pegi kedai emas sampai jadi gegila kat emas...

Fuhhhhh....

Setakat la ni dulu untuk melatih tgn kembali menulis

P/S: Selamat Pose enaM kepada yang dah Mula... Next aku nak postkan kad kahwin aku...tapi sebelah pengantin perempuan la...sebelah aku hujung taun ya...

Thursday, May 14, 2009

cerhite Tentang Utang

kengkawan....aku amek cerita ni dari satu blog yang dirawikan dari satu email yang lain...
sesama ler kite membace dan menginsafinye...
kerana ynag pasti ghamai lagi yg kuat luar sane termasuk kome ngan aku sendiri ler....
tapi ceghite ni walau katenye takde kena mengena ngan Kamarul (bukan-name-sebenar) ni tapi pasti ade terkena kat muke kome ngan aku sekali...huhu


Anda Keutamaan Kami..Oh! Mudahnya berhutang !!



"Kamarul, esok result keluar." Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. "Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah." Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.

"Alhamdulillah, aku lulus." Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500. Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai. Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem.

Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. "Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan). " Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya.

Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat. Harga kereta : RM 53,000 Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan) Ansuran : RM 624 Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 - 9%. Kini gajinya RM 2,750. "Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini." Hatinya benar-benar puas. Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666. Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. "Alhamdulillah, pinjaman aku lulus." Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu. Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya. Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram. "Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi." Kamarul memberitahu isteri kesayangannya. "Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?" tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, "Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur. " "Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang." Balqis meminta. "Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil." Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah.

Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit. Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, "Kamarul, engkau sudah buka e-mel?", tanya si Man. "Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?". Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. "Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan." Muka Kamarul berubah berseri-seri . "Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita." Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu. Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum. Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Daripada lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan. Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900.

Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70. Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan. Terdetik juga di hatinya, "Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?" Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.

Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang. Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan 'Skim Bayaran Mudah', Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun. Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis.

Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya. Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan. Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula.

Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta. Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. "Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja." Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit... . Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak.

Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan daripada bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan. Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman.

Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak. "Abang, susu Aiman sudah habis." Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. "Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!" Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42. Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. "Ah, lega... kad kredit diterima" katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit. Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. "Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?" tegur Balqis. "Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini." "Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan," hatinya berbicara. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

" Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah. Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar. Dia merasa takut apabila dilanda musibah kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum.

Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan. Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.

Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah. Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu. Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Dia berasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar-akbar tempatan. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO X-XXXX-XXXX BER: SI POLAN BIN SI POLAN (NO. K/P XXXXX-XX- XXXX) ... .Penghutang EX-PARTE: XYZ BANK BERHAD ... ... ... ..

Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000. Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, "Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai." "Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun." Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul. Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. "Roh seorang Muslim... " "Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat." Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang !

Sinopsis Kewangan Kamarul ( Melalui 4 Fasa):

Fasa 1
Kais sebulan makan sebulan setengah. Sekiranya dahulu, pendapatan dan perbelanjaan Kamarul dapat diibaratkan 'Kais bulan makan sebulan setengah'. Tetapi selepas setahun di alam pekerjaan, Kamarul mengorak langkah dengan meningkatkan satu demi satu perbelanjaan tetap seperti ansuran kereta. Pada masa ini, Kamarul dapat menyimpan sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

Fasa 2
Kais bulan makan bulan. Selepas dua tahun, akhirnya Kamarul diibaratkan 'kais bulan makan sebulan'. Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpan telah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.

Fasa 3
Kais bulan makan setengah bulan. Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinya digunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari. Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akan sampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuran hutangnya tertunggak 2 bulan.

Fasa 4
Kais bulan boleh makan seminggu. Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya



P.S: kalau dah termasuk ke fasa ketiga tu kire kritikal lar...kalau pasal 4 tu jejage la kome...mike pun takutjuge kalau jadi gitu...

Friday, May 8, 2009

SeLamaT HaRi iBu

SELAMAT HARI IBU

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil...mmaaakkkk!
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut
valentine
... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mak


Renungkan:

"
Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah
"
... Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


P.S: Selamat hari ibu, EMAK....selamat hari lahir yg ke 65 juga bulan depan... Something will be given to you this year...
Luv U, MAK....

Wednesday, May 6, 2009

NoveL baRu haBis diBaca: Mikhail

aku baru je menghabiskan baca novel terbaru RAM nih..
jalan ceritanye aku rase biase tapi dalam bentuk yg menarik kerana die berani cube cara cerita yang baru (macam national tresure la plak..)
apepun novel dia kali nih lebih best dari Ungu Karmila tapi tak setanding trilogi Bagaikan Puteri...




aku bagi 7/10.... ikut aku punye suka rasa and hati..hahaha
apepun bagi korang yg belum baca buku2 RAM sebelum nih, buku ni bagusla utk korang start berjinak2 dengan novel thriller RAM yang lain...

macam besa novel RAM mesti ada bunuh-bunuh, cintan-cintun sket..baru best...dan yang penting sumenye berdasarkan fakta secara ilmiah ataupun tak ilmiah...hehehe

aku beli opssss....aku dapat free novel dari pada 26/4 yang lepas...dah seminggu lebih baru malam tadi abes baca...

P.S: Tengok jugak komen2 dari pembaca yang lain di sini dan di sinunnn...

P.S.S: Pasni nak nyambung novel fesal tehrani pulak..ade 4 bijik aku beli..tatau la tahun bile baru abeh...hehehe

Tuesday, May 5, 2009

Hujung minggu LepaS punye KiJe

last week..last two week ni la kije aku....gi situ dan sinun...
Kopak gak la..tapi tgh sale..kang tak beli kang mahe la plak lengkali..hahaha


Ke siTu




ke SinuN

Thursday, April 16, 2009

Gambor Pilihan bUlaN FeBruaRi






PS... pictures described themselves..

Wednesday, April 15, 2009

Cite pendek tentang gambor


ni la dalam lif kat 101 tu...laju beb..berdengung telige





ni gambor 101 dari bawah...

Rancanglah Masjid eh Majlis anDa

Salam...
Rasenye lame sungguh tak berblog-ing..dekat 3 bulan gak rupenye..hahaha
Macam2 yang jadi dalam mase 3 bulan nih...
Ramai member2 yang dah menikah and berkahwin..
Ramai gak yang memulakan langkah dengan merisik n bertunang...macam membe aku nih
dah start merantau ke timur
Yang sorang ngajaq kat Tawau trus lekat orang sane..maklumla al imam besar...ramai la yang ngoffer anak2 deme....dengar cite kawin sponsor..betul ke??hahahaha

So aku pun leh la dikategorikan sebagai org yang dah start melangkah..setapak, dua tapak...
Nak bina masjid bukan boleh duk pakai atap nipah lagi la nih..
Kena la pi beli bata, simen, zink, pehtu sume plak dah naik rege..pepaham la
Kang bina masjid sempoi orang kate senget la..tak tahan lame la...
Wat masjid grand2 pun kalau kosong je hati tu pun tak gune gak...

Cess..ape punye merepek la aku nih...
Pepaham sendiri je la...

So kalau majlis lagi 5-6 bulan tu..better start la plan majlis tu..macam2 nak kena pikior beb...last2 aku layan la gak beli buku ni kot2 la ade manfaatnye...

budget sendiri mau pilih...mau majlis grand..tinggi la..mau sederhana n meriah...k la..

opss..rehat time nak abes..mau makan dulu...
Nanti aku dah bace ebook ni aku cherita lagi..
Kot2 kome2 yang nak start melangkah macam aku ni gak leh la gune formule2 dalam buku tuh..

k la till tomorrow...
opsss till next 3 months...hahahaha

Friday, January 16, 2009

Melepak Hujung Minggu kat Sunway??

~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~


Just nak kongsi jer...sape2 yang nak melepak [memandikan wajib diri, main2 air, extreme activity ke tgk burung2 ke masuk umah hantu ke] kat sunway lagooon....bleh la ajak aku...

sementelaah aku dah join Season Pass ticket holder..kalo mike2 nak gi bawak bini ke ex bini ke leh la ngajak teman...leh la korang dapat 30-40% diskaun...tapi limited utk 6orang je la...kalau bawak sekampung..baik korang wat family day je terus...

k la..just nak kongsi je...sebabnye aku baru masuk sekali jer...rugi plak kalau bayo memahal tak belash cecukup sunway tu...hahaha

hingga esokssss.....


P/s: Extreame park ni leh main 3vs3 paint ball...

kalau all park [sume leh main] biase 90
kalau 3 park biase 75
kalau 2 park [mandi n main2 roller ke] biase 60

so korang layan la kire diskaun 30-40% tu...

Tuesday, January 13, 2009

boSan seHhh

aku baru balik dari serdangggg..lepas presentation pre-bid tender pagi tadi bosan datang melanda jiwa....semalaman aku kat opis menyiapkan bahan untuk present (sebenonye nambah2 je sket...bos gua dah buat 70%)...so si brother satu opis aku ni pun present la tadi...teruk gak la kena hentam ngan panel board nih...awat tukar layout la..isit GMP requirements la....

korang kena tau..walaupun dorang ni prof2..dorang ni tak expert for industrial and GMP stuff...so dorang nak la tau very detailssssss on what we proposed and why...so lenkali kena la bezakan present tu private and untuk org2 pandai nih..what they want to know..isit the facility can run wif GMP cert when complete nanti..they dun want to know other stuff...okey..

but luckily we (my company ~my collegue) has second chance...coz kitaorang join 2 kontraktor....so mase second presentation nih, terpaksa la kitaorang bagiatu very clearly and very details....until they knw this project is going to be completed with GMP cert and can run if..big IF..if they give it to us.....(=

so balik opis aku boring gile...kije lain nak buat pun xbape rajin..just cuit2 jer..hahahaha...bukan pe cover late nite smlam....


harap2 Allah permudahkanlah dan dapatla kitaorang job nih...atleast dapat la increment tinggi sket this year..hahaha...taksangke gak aku dah lebih staun kije kat sinih...leh tahan gak la....dapat naik gaji nih tinggi sket...dapat la aku ngompul duit byk sket ....strusnya tercapaila target aku tahun nih...huhuhu

till tomollow....

~really wanna put pic from Taiwan and THunt Prize Prsntn but still forgot to upload it...huaaahuaaaa

Friday, January 2, 2009

JAHANAM ISRAEL!!!!!!!!

~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~


lihatlah perbuatan israel laknatuLLAH nih...ramai jiwa anak2 tak berdosa terkoraban...apa misi sebenar israel celaka nih?? lihat disini bagaimana umat Islam di Palestin dibunuh oleh jahanam israel nih..

israel jahanam...alhamdulillah kepada mereka yg sempat berdemonstrasi sebentar tadi...perlu diadakan lagi...dan janganlah sibuk di Kuala Terengganu sampai lupa saudara seislam di Palestin...

Allahu Akbar!!!!!


P/S: Ceritera tentang RaShit pun ada...

Back to office....

Salam Maal Hijr 1430 dan Selamat Tahun Baru Masihi 2009...
So i'm back in the office today....really tired yesterday...sampai2 je rumah terus kebummmm..titon....Baru perasan Mesia panas gile...terpaksa la aku on kipas smpai 5...hehehehe

Start to bz again for existing project...and for sure new projects..but i'm happy after recharge my body again...

Actually wanna post picture from day before yesterday's tour around taipei but forgot to bring along the memory card..hahaha..next time liow..

So azam baru tahun nih...nak ngikut jejak2 langkah sahabat2 yang dah start hidup berdua...so ape lagi new target is to make a saving atleast RM2K every month...hahahaa....starting from today...

my ex-clasmate dah dapat baby last week...another 2 just married last month...next week will be another 1....nest 2 month the other 2 guys...waaaa.....macam ikan lumba-lumba pulak...lawan sape cepat dapat cucu..wakakakaa

same nak menang leh la ikut jalan pintas...kawin nenek2 yg ade cucu..settle...(=

till tomorrow

P/S: Congrats to Nazim n Atiqah..semoga akan dapat ramaiiiiiiiii lagi....hehehe

Tuesday, December 30, 2008

Cold and rainy in Taiwan

wa.....very cold ma...this is my first time in Taipei...and of cos this is my first time went to oversea...waaaa...so just finished my dinner at islami restoran...ate noodle soup and tumbling..nice foods here..quite difficult to find Halal Restoran..only 5-6 restoran is halal in taipei...

alhamdulillah dapat gak la aku merasa pergi oversea lepas 3 tahun bekerja...my last company susah sket la...but syukur la my new boss really appreciate me...gimme chance to experince taiwan's cold and rainy season...hahahaa

so today finished our works...tomorrow walking around to get any souvenier or toy from taipei..hehehe..

very cold here in River View hotel Taiwan....
hopefully can take a picture behind 101 and rasa naik bangunan tertinggi kat dunia..setakat hari nih..hehehe...

lastly Salam Maal Hijrah 1431H and Happy New Year 2009....


till tomorrow....

Sunday, December 28, 2008

2 Great Hunt at tHe eNd of Year @08

~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

alhamdulillah.....
menang 2 hadiah mayshuk untuk hunt hujung tahun nih

pertamanya UEM MEDIA Hunt 2008..dapat tempat kedua kategori staff...dapatlah RM3,000...

keduanya Tasik Kenyir Hunt 2008..dapat tempat ketiga open kategori (kalah ngan bapak2 buaya tembaga)..dapatlah RM2,000....yang bestnye tasik kenyir hunt ni dapat cash..so ade la duit aku nak pegi Taiwan esok...hehehe

apepun..syukur alhamdulillah...bertambah rezki aku hujung2 tahun nih..macam tanda je nak memulakan chapter baru next year..ahakssss...erm..hopefully next month can confirm it..

so hopefully Taipei not so cool...hahahaha

Till tomorrow....

picture dapat hadiah tak dapat nak kongsikan la plak...nanti dah dapat aku updatekan utk tatapan korang..incase tak caya plak kan..hahaha

Wednesday, December 3, 2008

Muka ada cop ka??

semalam...aku singgah kat masjid hijau BBBangi...nak solat Maghrib dulu sebelum gi jumpe mamaTokan...so sebelum nak gi amik wuduk tu..ade la sorang brother ni teguq aku..

Bro: Assalamua'laikum
Aku: A'laikumsalam
Bro: erm.....budak izzuddin yer?
AKu: A'ah...Izzuddin Shah Ipoh..
Bro: ooo...agak dah..dari jauh nampak cam kenal jer...kije kat sini ke??
Aku: Heehehe...tula..nampak muke pun mcm penah nampak..saya kije kat Cheras...
Bro: OOo..jauh tu datang bangi...batch tahun bile ye?
Aku; Duk kat bangi...rasanye junior abg la...
Bro: Ahh...yeye mesti junior ni..batch Aswandi ke?? (Mamat ni pernah jadi KP)
AKu: Bukan2...bawah die lagi...batch Ilham kenal?Shahruddin...erm...
BRo: (Duk memikir beberapa lama)..ooOOo..yeye...
Aku: Dulu SPM tahun bile?
Bro: SPM 1997
AKu: Masa tu sy tingkatan 2....so same batch ngan Amal kan? kije kat bangi ke?
Bro: Haah...kije kat KPM putrajaya..tadi makan2 ngan tunang...dah solat??
Aku: Belum...(dalam hati..tgh nak berwuduk ni..pepaham la..heheh)name sape eh?
Bro: Sayuti
Aku: Sayuti Osman ke??
Bro: Bukan..Sayuti Shaari...hang?
Aku: Rijaluddin
Bro: Ok la..jumpe lagi (sambil berlalu gi tandas)....

Wa....aku jenuh gak mikir...ada cop ke muke aku nih??last 2 week jumpe sorang brother kat KISAS dulu...die pun bukan laju je tegur..KISAS eh....last je lagi best..bro Izzuddin ni lagi la SPM96 (mase tu aku f1)...die pun tegur gak...Izzzuddin yer?? waaaaaaa....

Aku mikir due je..kalau tade cop kat muke aku nih tulih Izzuddin dan KIK..mesti aku ni dulu famous la walaupun tak pemes...wahahaha

P/S: Tapikan mane2 aku pegi...yang akan tegur dulu mesti Senior bukan Junior..ape sebab eh??Sogan kot....

Wednesday, November 19, 2008

Car Sticker

~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

Kemalangan jalan raya boleh dielakkan kalau kita berdoa sebelum menaiki kenderaan dan bertawakal (memberi fokus..fokus yar...)ketika mem'drive' kereta atau motorsikal or pick-up or keta lembu ke...

So please see the car sticker below...an please...please...bacalah doa sebelum bergeraknya kereta tu yer....moga Allah lindungi kita dalam perjalanan....





till tomorrow...

Tuesday, November 18, 2008

hari-hari selepas weekend

perut meragam..kepala pusing..rupe2nye tu la tanda kekalahan arsenal..huhu
pagi tu jam 4.30 aku dah bangun..ade treasure hunt CImB..walaupun aku bukan warga CiMB tapi warga ViPMcD..hahaa

dalam perjelanan tu 2x aku melepaskan hajat yg sgt2 la berhajat...
mamat 3 org ni 1st time join bendalah ni..so kirenye dalam keta tu aku la otai..tapi penat la beb..sume soklan aku kena pecahkan..pendekan cite...smpai gak la kitaorang kat hotel tu (tempat dirahsiakan..tapi best siot)...smpai pun dah lewt 11 minit..tolak lagi 11 point..dah la 10 soklan last tu aku kantoi..takleh nak pikir + panik..bayangkan la tinggal 20min je nak jwab 10 soklan...

last2 malam tu dapat la number belas2...dalam la sorang RM50..diorang kire happy la..aku je yg tak happy..sebabnye aku target top3...sebabnye leh tolak bayaran masuk..kire masuk free la...keduanye kepala aku makin pusing n berat kena hujan time dinner tu la..ketiga nye perut aku masih tak ok lagi..so pas tau je tak dapat top 3 aku terus la balik hotel...lagi pun ngantuk beb...

sdar2 bgn tido dah pukul 12 lebey...skali hotel canggih tu takde ESPN n STarSport..yg ade supesport jer..takkan nak melayan wender bramen kot...aku smbg la tido..pale dah tak pening..perut je yg musing..tunggu la sms2 dari member2 ni..kalau arsenal kalah paling kurang mesti ade mesej masuk...huhu

aku cek inbox....ade 2 mesej ..."lipfool menang la oi...2-0"...yg kedua "arsenal dah main belum??" ..aku tgk jam balik..patutla game tak abes lagi...

so aku smbg la tido...maxis broadband plak aku tinggal kat umah..cesss...
so pagi ahad tu..lepas subuh..aku pun bukak la super sport...korang tau la kan ape yg aku baca kat news tu...manKayu leapfrog arsenal by..dot..dot...
hahaha..kompem la kalah...

patut la aku sakit kepala ngan perut semalam...

rase macam perut kena pulas lagi...mata aku jadi kuyu....aku nak mandi kolam!!!!..opsss silap..aku nak tido balik...

nak upload gambar tgh hunt n hotel..aku tak tangkap sebiji pun gambau...tunggu la nanti....

so...hari ni belasashla cuti puas2 sebab aku tau senin ni kompem ramai yg nak tegur aku pasal game semalam...huhuhu

INFO: Bile aku tgk balik game tu..baru aku tau sebab ape arsenal konpem kalah..sebab AleXF dah hantar spy die paling power Mark "Season ticket holder OT" Riley jadi reff...ni la reff paling hampeh dalam sejarah pengadilan dunia ..2nd nye Horward Corward....korang tgk la kalau 2 ekor reff ni jadi reff manKayu..paling kurang penalti sejibik mesti diorang dapat...

so aku tgk2 balik dua2 gol villa tu ade berlaku kekasaran...yang Riley ****n ni tak bagi foul...anyhow..Villa deserve to win...tapi kalau next week main ngan ManKayu macam t***..aku memang jadi sakit lagi.....tambah lagi sebijik sakit aku minggu ni...

inilah hari-hari selepas weekend aku yg .........

till tomorrow....

Friday, November 14, 2008

Yes it is..

~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

Just read this link...have a lot of fun...