~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa mesti nak belajar tentang asas kewangan, sedangkan ia bukanlah sesusah yang disangkakan. "Dapat gaji, tahulah macam mana aku nak uruskannya! Bukan susah pun" kata seorang kawan.
Memang tak susah, tapi bila menguruskan wang tanpa ilmu pengetahuan yang betul, silap silap, hidup kita yang jadi susah. Tengok sajalah trend sekarang ni. Yang jadi muflis pun, lebih 52% adalah orang Melayu kita. Yang banyak berhutang kad kredit sampai RM21 billion (as at penghujung 2007) pun, kebanyakannya adalah Melayu kita jugak. Yang kerap bercerai pasal masalah kewangan dan kena blacklisted dari meminjam dari Financial Institution pun orang Melayu kita jugak.
Yang paling kesian, orang yang meminta minta dalam akhbar dan majalah tempatan, merayu bantuan kewangan dari orang ramai bila tersepit dengan ketiadaan wang berterusan, ketidak-mampuan tanggung kos rawatan hospital dan masalah Ah Long, kebanyakannya melibatkan orang Melayu kita jugak.
Hanya kerana anda pegang duit tiap tiap bulan dan tahu ke mana nak belanjakan wang anda, tak bermakna anda sudah menguruskan kewangan anda dengan betul. Ramai orang dirundung masalah kewangan kerana pada awalnya mereka sangka mereka "dah pandai" urus wang sendiri, dan bila dah ada masalah kewangan, baru tercari cari bantuan nak selesaikannya.
Menguruskan kewangan dengan betul, memerlukan ilmu pengetahuan yang mantap supaya anda tak tersalah langkah. Lebih lebih lagi bila nak melaksanakan pelan kewangan anda itu, memerlukan anda berurusan dengan pelbagai ejen-ejen yang kerap melakukan "gimik jualan" berbanding nak buat sesuatu untuk membantu anda. Anda lebih mudah untuk terpedaya dengan promosi jualan yang mereka cakapkan, berbanding berbincang dan menerima nasihat kewangan yang betul, sesuai dengan keadaan kewangan anda sekeluarga.
So, kesimpulannya bagaimana kita menguruskan wang yang tiap2 bulan kita dapat...dah ada insuran diri??unit trust?asb etc...tabung haji??
so jawablah dan lu pikirlah sendiri...(=
Nama dan sifat Allah pada Nabi
-
Nama dan sifat Allah pada Nabi
1. Menurut para ulama, ada dua nama Allah yang diberikan kepada Nabi
Muhammad salallahualaihiwassalam dan tidak diberi ...
3 years ago