~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.(Faathir: 29)
Sifat ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah SWT.
Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.Jika itu niatnya, dia akan jatuh ke lembah kebinasaan dan kehinaan.
Tuhan memerintahkan kita supaya beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati. Segala pengabdian diri terhadap Allah Swt hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran.Allah Swt memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas. Dalam erti kata kerjakan sesuatu amalan dan pekerjaan itu kerana Allah bukan sekali-kali disebabkan sesuatu atau seseorang, lebih-lebih bagi merebut ganjaran kebendaan.
Syeikh Al Khushairi seorang pengasas tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu mengerjakan ibadah kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Ia bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal lain.Sifat keikhlasan hati yang menjadi pedoman kepada seseorang dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ia adalah alat yang menyampaikan cita-cita mulia.
Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hati, tentu tidak mudah patah atau putus harapan. Tidak mudah putus asa. Dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya.Mereka dalam bekerja, teguh pendirian serta kuat hemah dan kemahuannya. Dia tidak akan tersinggung kerana celaan dan kritikan orang lain.Dia tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan baik. Malah, orang yang bekerja dengan ikhlas, tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan. Dia tidak akan menghentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan besar.
Hal ini kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata; Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup ialah orang yang berilmu. Tetapi, umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga ialah orang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas.
Tetapi, ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk. Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran terhadap sifat ikhlas itu. Oleh itu, kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas, kesannya tetap abadi.Jelasnya, sifat ikhlas dalam beribadah amat penting dan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan syaitan.
till tomorrow
Nama dan sifat Allah pada Nabi
-
Nama dan sifat Allah pada Nabi
1. Menurut para ulama, ada dua nama Allah yang diberikan kepada Nabi
Muhammad salallahualaihiwassalam dan tidak diberi ...
3 years ago