Monday, October 6, 2008

SajaK-SajaK Pendek i

~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~


SEPATU BARU

:: Allahu Allahu Allahu ::

Semalam ibu beli sepatu
Sepatu baru untukku
Kata ibu untuk ganti sepatu lamaku
Yang sudah uzur
Yang sudah rabak

Tapi aku jadi keliru
Bukankah ibu tak punya ongkos
Untuk beli sepatu baru
Bukankah ibu hanya punya
Wang untuk makan kami berlima
Satu hari ini?

Ibu…
Aku bukan mahu menyusahkan hidupmu
Mungkin permintaanku kelmarin atas nafsuku
Maafkan aku ibu
Aku tak patut luahkan kata-kata
Yang bukan-bukan

Ibu..
Aku tahu kau susah cari wang untuk kami
Dari pagi dinihari lagi kau di kebun getah
Petang pula mengambil upah
Untuk tampung hidup kami
Ayah pergi hilangkan diri
Tinggal kau membesarkan kami

Ibu…
Doakan dengan sepatu baruku itu
Agar aku rajin menuntut ilmu
Jadi orang berjaya nanti
Bela kembali hidupmu
Doakan aku wahai ibuku!!!


Mesej MISTERI

:: Allahu Allahu Allahu ::

Ku ungkap pesanan diberi
Ku baca dan ku teliti berulangkali
Tetapi tiada apa yang mengundang misteri
Tiada apa yang perlu dicurigai

Usai baca, ku tulis kembali
Setiap ayat dan huruf yang diberi
Mahu memecah kod rahsia ini
Tapi akhirnya aku gagal lagi

Apakah maksud tersiratmu
Sekadar mahu mengujuku
Atau aku yang tak tahu
Akukah yang khilaf dan keliru

Atau kau hanya mahu bermain minda
Menguji perasaan dan jiwa atma
Mungkin jua mahu hatiku terseksa
Agar senantiasa ingat dirimu di alam maya….


LEMBARAN BARU

:: Allahu Allahu Allahu ::

Masih
Kubuka lembaran…lembaran baru
Kutulis nama bernada rindu
Kubicarakan sebuah rasa senandung syahdu
Kuuntai kasih merayu-rayu
Hanya tuhan yang satu aku mengadu….
Cintaku itu….

Kubuka lagi lembaran…lembaran baru
Kucoretkan ilham tiada berlagu
Kunyanyikan lagu pilu
Kualunkan mendayu-dayu
Hanya tuhan yang satu aku mengadu….
Cintaku itu….

Masih kubuka lembaran…lembaran baru
Masih kutulis nama bernada rindu
Masih kubicarakan sebuah rasa senandung syahdu
Masih kuuntai kasih merayu-rayu
Masih kucoretkan ilham tiada berlagu
Masih kunyanyikan lagu pilu
Masih kualunkan mendayu-dayu
Hanya tuhan yang satu aku mengadu….
Cintaku itu….


~to be continued...

till tomorrow....